Suka Blog Pn Kaseh??JOM LIKE!!

Friday, June 14, 2013

~PenGorbanan Si SuamI kEpada Si isTeri~


Assalamualaikum &salam 1 Malaysia..

sumber dari google

     Amat jarang sebenar nyer kita mendengar pengorbanan seorang suami kepada isteri nyer yg sdg bertarung nyawa melawan sakit..siapa sangka dulu seorang yang sihat tiba2 dengan sekelip mata ditimpa sakit.walaupun harapan di katakan nipis tp si suami cuba jgk pelbagai cara.kata lah di mana ada rawatan yg baik si suami pegi membawa isteri dengan niat untuk kebaikan isteri dan cuba berusaha yg terbaik utk si isteri.dijaga,dimandikan,diangkat,disuap makan,diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang.bila teringatkan seketika apabila si suami mengimamkan & memimpin bacaan doa ( jemaah) dlm keadaan teresak-esak baru lah kami fhm betapa sedih nyer hati si suami ketika itu.

      Selalu pn.kaseh terdengar dan melihat kisah ini di dada akhbar.bila melihat di dpn mata,betapa sayu nyer melihat suami sanggup berkorban dan mengerah tenaga demi isteri &anak2 yg belom mengerti apa2..dicuba sebaik mungkin utk isteri dan pada masa sama menabur bakti kepada anak bangsa.Melihatkan kpd wajah nyer amatlah kami fahami betapa perasaan yg berbagai rasa.sedih,letih,dan penuh dengan  harapan agar si isteri sembuh seperti sedia kala.harapan kami agar usaha si suami membuahkan hasil & memberi kata semangat kepada mereka.

      Betapa muhasabah diri pn.kaseh bila mengenangkan kisah diatas.Alhamdulillah kita masih diberikan kesihatan yang amat baik walaupun kadang2 kita diberi sakit yg ringan.x dapat pn.kaseh bayangkan andai di tempat si isteri.dijaga kah makan pakai kita?diberi sepenuh perhatian kah kpd kita.Allahu Akbar...betapa kerdil nyer kami di sisi Mu Ya Allah..

     Doa dan harapan pn.kaseh andai pn.kaseh di timpa musibah masih ada suami,anak n family di sisi sebagai semangat buat diri ini.dan pn.kaseh berharap orang tersayang sentiasa berada dlm keadaan sihat dan di lindungi oleh Mu Ya Rabbi..Moga kita sentiasa bermuhasabah diri  kepada yang maha Esa dan sentiasa bersyukur dengan apa yg dikurniakan kepada kita tanpa sebarang keluhan.

 Wallahualam...

No comments: